Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the wordpress-seo domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/vhosts/workerhostel.my/httpdocs/wp-includes/functions.php on line 6114
Pengurusan hostel - COSMIC MAJU JAYA SDN. BHD.

NO. 2-M , JALAN HENTIAN KAJANG 1C , OFF JALAN REKO, PUSAT HENTIAN KAJANG , 43000 KAJANG , SELANGOR DARUL EHSAN.

Pengurusan hostel

Menyedari hakikat bahawa setiap penghuni memerlukan kediaman penginapan yang selesa dan berkualiti, kami mematuhi kod piawaian EICC dan Akta 446.  yang telah digariskan.

Pengalaman lebih daripada 10 tahun dalam pengurusan hostel telah membantu kami menyediakan tempat penginapan yang bukan sahaja selesa, tetapi turut mengambil berat akan isu keselamatan dan kesihatan para penghuni. Mereka yang mendiami hostel kami akan merasa selesa bagai berada di rumah sendiri.
Audit akan dijalankan bagi memastikan keselesaan penginapan para penghuni. Kami sentiasa menjaga kebajikan para penghuni dengan cara-cara berikut:
Di Cosmic Maju Jaya , kami mempunyai team yang berdedikasi terhadap kerja masing-masing. Setiap pekerja fokus dan mahir dalam bidang pekerjaan mereka. Sebagai contoh, warden bangunan akan memantau sebarang aktiviti yang mencurigakan dan keselamatan di seluruh kawasan penginapan. Bahagian penyelenggaraan akan memastikan tempat tinggal sentiasa selamat untuk didiami dan tiada masalah kerosakan bangunan seperti paip tersumbat dan sebagainya. Kesihatan para pekerja juga terjaga dengan bekalan ubatan yang diperlukan. Pengangkutan ke klinik atau hospital turut disediakan. Hal ini akan memberi keselesaan kepada para pekerja asing yang menginap di hostel kami apabila mereka berpuas hati dengan tahap kebajikan mereka yang terjaga.