Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the wordpress-seo domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/vhosts/workerhostel.my/httpdocs/wp-includes/functions.php on line 6114
Tentang Kami - COSMIC MAJU JAYA SDN. BHD.

NO. 2-M , JALAN HENTIAN KAJANG 1C , OFF JALAN REKO, PUSAT HENTIAN KAJANG , 43000 KAJANG , SELANGOR DARUL EHSAN.

Tentang Kami

Tentang Kami

Cosmic Maju Jaya Sdn. Bhd. merupakan syarikat yang menjalankan perkhidmatan pengurusan asrama terutamanya kepada pekerja asing / tempatan, yang memenuhi kehendak dan jangkaan anda sebagai pelanggan kami. Bilik-bilik kami terbuka untuk didiami oleh semua pekerja asing mahupun tempatan, lelaki dan perempuan. Kami turut mengasingkan ruang kediaman berbeza mengikut jantina. Komitmen utama kami ialah memberikan perkhidmatan tempat penginapan yang terbaik pada harga yang sangat berpatutan. Perkhidmatan kami bukan sahaja tertumpu kepada sektor perkilangan dan industri, malah juga kepada agensi-agensi kerajaan, badan berkanun dan jugak pihak berkuasa tempatan. Kami juga menyediakan perkhidmatan mencuci bangunan dan penyelenggaraan , pengangkutan barang serta membaik pulih sistem pepaipan.

Objektif

Cosmic Maju Jaya Sdn. Bhd. beriltizam untuk menjadi antara syarikat khidmat pengurusan yang maju di Malaysia dengan memberi perkhidmatan terbaik tanpa sebarang risiko dan bahaya keselamatan terhadap pekerja, pelanggan, orang awam dan alam sekitar. Syarikat ini juga berazam untuk membuka peluang pekerjaan dan melahirkan tenaga pekerja yang jujur dan bersikap hormat-menghormati antara satu sama lain.

Visi

Menjadi organisasi peneraju utama bagi penyediaan perkhidmatan penginapan asrama pekerja yang terbaik serta melahirkan pekerja-pekerja mahir dalam mencapai kecemerlangan budaya kerja unggul.

Misi

Mewujudkan dan mengekalkan kemampanan organisasi melalui pelbagai perniagaan dan menyediakan peluang kepada pekerja untuk mempelajari tadbir urus syarikat dengan lebih efisien.