Di Cosmic Maju Jaya , kami mempunyai team yang berdedikasi terhadap kerja masing-masing. Setiap pekerja fokus dan mahir dalam bidang pekerjaan mereka. Sebagai contoh, warden bangunan akan memantau sebarang aktiviti yang mencurigakan dan keselamatan di seluruh kawasan penginapan. Bahagian penyelenggaraan akan memastikan tempat tinggal sentiasa selamat untuk didiami dan tiada masalah kerosakan bangunan seperti paip tersumbat dan sebagainya. Kesihatan para pekerja juga terjaga dengan bekalan ubatan yang diperlukan. Pengangkutan ke klinik atau hospital turut disediakan. Hal ini akan memberi keselesaan kepada para pekerja asing yang menginap di hostel kami apabila mereka berpuas hati dengan tahap kebajikan mereka yang terjaga.